PAXLOVID - ANTIVIRAL UNTUK MERAWAT JANGKITAN COVID-19
Terkini PAXLOVID adalah senjata baru, antiviral untuk merawat jangkitan Covid-19
PAXLOVID (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) disyorkan utk rawatan COVID-19 pd org dewasa berumur 18 tahun & ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen & berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk (severe).
Anti-viral Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kpd vaksinasi COVID-19 dan pengganti kpd tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP utk elakkan dijangkiti Covid-19.
Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yg merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus dr membiak. Ritonavir pula melewatkan process pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dlm tempoh lebih lama. Paxlovid TIDAK diberikan berterusan utk lebih 5 hari.
Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 & dlm tempoh masa 5 hari gejala bermula utk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) utk dua kali sehari selama 5 hari; Jumlah keseluruhan 30 biji ubat)
Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM