COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER KAMPUNG BINYU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching, Bintulu, Samarahan, dan Simunjan di Sarawak. Tiga (3) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343644, kes ke-343646 dan kes ke-343648) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada 21 Mac 2021 di Kampung Binyu, Kuching. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 231 individu telah disaring, di mana68 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

2. KLUSTER JALAN MERDEKA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339857) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

3. KLUSTER SIMPANG TIGA MEROTAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340922) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penduduk-penduduk di Kampung Simpang Tiga Merotai, Kalabakan. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

4. KLUSTER JALAN KENANGA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342825) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kenanga, Taman Paya Rumput, Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

5. KLUSTER JALAN BANDAR SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Petaling. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak Jalan Bandar 9, Puchong. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

6. KLUSTER TEKNOLOGI PERAMU JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan dan Pekan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344012) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Pekan. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

7. KLUSTER JALAN KUBOTA SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343322) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah pusat perniagaan yang terletak di Jalan Kubota Sentral, Tawau. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

Next Post Previous Post