COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 06 MAC 2022

/ harian

Updated Sun, 06 Mar 2022 14:13:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 5 Mac 2022:

  • Kes sembuh: 27,143 kes [3,250,793 kes kumulatif (90.4%)];
  • Kes baharu: 33,406 kes (3,595,172 kes kumulatif);
  • Kes import: 342 kes [282 warganegara (82.5%); 60 bukan warganegara (17.5%)];
  • Kes tempatan: 33,064 kes [32,074 warganegara (97.0%); 990 bukan warganegara (3.0%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 371 kes (131 kes disahkan COVID-19; 240 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 226 kes (74 kes disahkan COVID-19; 152 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 33,406 kes harian yang dilaporkan pada 5 Mac 2022:

  • Kategori 1: 13,157 kes (39.39%);
  • Kategori 2: 20,035 kes (59.97%);
  • Kategori 3: 92 kes (0.28%);
  • Kategori 4: 69 kes (0.20%); dan
  • Kategori 5: 53 kes (0.16%).

Daripada 214 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 5 Mac 2022:

  • 60 kes (28.04%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 101 kes (47.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 53 kes (24.77%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 96 kes (44.86%) berumur 60 tahun dan ke atas
  • 70 kes (32.71%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (0.47%) kes adalah kes ibu mengandung

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,837 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,363 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 474 kluster

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post