TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (29/03/2021)
Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER SEKSYEN 16
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327393) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Sehingga 29 Mac 2021, sejumlah 322 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN AZLAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338600) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, Kepong. Sehingga 29 Mac 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER TAMAN VISTAGRO
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337909) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Vistagro, Sri Aman. Sehingga 29 Mac 2021, sejumlah 179 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.