COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER PERSIARAN SYNERGI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Synergi Utama, Kawasan Perindustrian Synergi Utama, Senai. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 712 individu telah disaring, di mana 220 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN i-PARK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan i-Park, Kawasan Perindustrian i-Park, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 643 individu telah disaring, di mana 80 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN LENGKOK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lengkok, Taman Nusajaya Industri 1, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA LORONG PEEL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Lorong Peel, Taman Maluri, Cheras. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 497 individu telah disaring, di mana 187 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TAPAK BINA JALIL UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Bukit Jalil. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 416 individu telah disaring, di mana 123 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER LEBUH KELULI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Petaling, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Selatan, Jalan Keluli, Seksyen 7, Shah Alam. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 664 individu telah disaring, di mana 132 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER INDUSTRI SELESA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Selesa Jaya, Balakong, Seri Kembangan. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 856 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER PERSIARAN BUNGA TANJUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-237684) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Bunga Tanjung, Kawasan Perusahaan Senawang Baru, Seremban. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER BUKIT TENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251593) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perlombongan yang terletak di Kawasan Bukit Tengah, Kerteh, Kemaman. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER JALAN TUN RAZAK

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-184668) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Tun Razak. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 884 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post