Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 15 JAN 2022
Updated Sun, 16 Jan 2022 22:18:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 2,828 kes (2,732,771 kes kumulatif, 97.4%);
- Kes baharu : 3,074 kes (2,805,337 kes kumulatif);
- Kes import : 319 kes (216 warganegara; 103 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,755 kes [2,625 warganegara (95.3%); 130 bukan warganegara (4.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 193 kes (158 kes disahkan COVID-19; 35 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 90 kes (61 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,205 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,029 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 176 kluster.
Daripada 3,074 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 30 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,044 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W