COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

KLUSTER BAHARU: KLUSTER KERTANG

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 20 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana:

  • 21 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 195 individu negatif.

Next Post Previous Post