Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 11 DIS 2021
Updated Sun, 12 Dec 2021 14:56:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 4,690 kes (2,596,509 kes kumulatif, 96.6%);
- Kes baharu : 4,626 kes (2,688,149 kes kumulatif);
- Kes import : 20 kes (15 warganegara; 5 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,606 kes [4,440 warganegara (96.4%); 166 bukan warganegara (3.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 396 kes (344 kes disahkan COVID-19 ; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 211 kes (146 kes disahkan COVID-19 ; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,035 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,785 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 250 kluster.
Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 95 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,531 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W