Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 02 DIS 2021
Updated Fri, 03 Dec 2021 15:13:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 7,246 kes (2,551,253 kes kumulatif, 96.5%);
- Kes baharu : 5,806 kes (2,644,027 kes kumulatif);
- Kes import : 11 kes (6 warganegara; 5 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 5,795 kes [5,542 warganegara (95.6%); 253 bukan warganegara (4.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 511 kes (368 kes disahkan COVID-19 ; 143 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 266 kes (145 kes disahkan COVID-19 ; 121 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,959 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,732 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 227 kluster.
Daripada 5,806 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 103 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 5,703 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W