Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 16 JAN 2022
Updated Mon, 17 Jan 2022 15:41:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 2,584 kes (2,735,355 kes kumulatif, 97.4%);
- Kes baharu : 3,010 kes (2,808,347 kes kumulatif);
- Kes import : 263 kes (204 warganegara; 59 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,747 kes [2,634 warganegara (95.9%); 113 bukan warganegara (4.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 182 kes (146 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 83 kes (58 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,212 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,036 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 176 kluster.
Daripada 3,010 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 28 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 2,982 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W