Perincian 1,141 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Disember 2020 adalah seperti berikut:
Sabah: 320 kes
61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
184 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID19; dan
75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 320 kes
155 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
68 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 256 kes
241 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Muda, Kluster Tapak Bina Galeri dan Kluster Bukit Dalam;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 69 kes
47 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cempaka;
19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 48 kes
26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 47 kes
40 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Cincin;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 24 kes
20 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Huma.
Negeri Sembilan: 15 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Genting dan Kluster Atabara.
Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: Satu (1) kes import dari luar negara.
Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.