COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 10 NOV 2021

/ harian

Updated Thu, 11 Nov 2021 12:02:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,068 kes (2,430,122 kes kumulatif, 96.34%);

  • Kes baharu : 6,243 kes (2,522,498 kes kumulatif);

  • Kes import : 24 kes (18 warganegara; 6 bukan warganegara);

  • Kes tempatan : 6,219 kes [5,881 warganegara (94.6%); 338 bukan warganegara (5.4%)];

  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 543 kes (504 kes disahkan COVID-19 ; 39 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 279 kes (196 kes disahkan COVID-19 ; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

  • Jumlah kluster : 5,824 kluster;

  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;

  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,524 kluster; dan

  • Jumlah kluster aktif : 300 kluster.

Daripada 6,243 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 106 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,137 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post