COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Status terkini TIGA BUAH KLUSTER - Kluster BENTENG LD, SUNGAI dan TELAGA

Kluster Benteng LD, Kluster Telaga dan Kluster Sungai mencatatkan pertambahan kes pada hari ini. Pecahan saringan dan situasi terkini bagi kluster-kluster mengikut negeri terbabit adalah seperti berikut:

Kluster Benteng LD, Sabah (jumlah saringan 2,837):

Tawau (2,067 disaring):

  • 250 kes dikesan positif COVID-19 (167 kes baharu);
  • 625 individu negatif; dan
  • 1,192 individu masih menunggu keputusan.

Lahad Datu (770 disaring):

  • 87 kes dikesan positif COVID-19;
  • 291 individu negatif; dan
  • 392 individu masih menunggu keputusan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 167 kes baharu, 76 kes adalah warganegara di mana 70 kes adalah banduan penjara dan enam (6) kes adalah melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat. Manakala baki 91 kes lagi pula adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

Filipina (61 kes); dan
Indonesia (30 kes)

2. Kluster Sungai (jumlah saringan 2,170):

Kedah (2,037 disaring):

  • 50 kes dikesan positif COVID-19 ( 11 kes baharu);
  • 1,408 individu negatif; dan
  • 579 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang – Kesemua 122 saringan adalah negatif.

Perlis (11 disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
  • Enam (6) individu negatif; dan
  • Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,766

Kedah (4,718 disaring):

  • 16 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 4,610 individu negatif; dan
  • 92 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang – kesemua 48 saringan adalah negatif.

Situasi semasa kluster-kluster dan kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara pentadbiran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, pelaksanaannya berjalan lancar dan kerjasama masyarakat setempat adalah amat baik.

Next Post Previous Post