Perincian 1,219 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Mac 2021 adalah seperti berikut:
Selangor: 499 kes
256 kes daripada kluster-kluster, termasuk 156 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Meranti Jaya, Kluster Subang Dua, dan Kluster Jalan Lada Sulah;
150 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
93 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 225 kes
36 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Merpati;
142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 169 kes
113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Kayu Gading, dan Kluster Andromeda (Kluster ini melibatkan empat (4) kes import dari luar negara);
37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 69 kes
31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 54 kes
Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 46 kes
33 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perdana dan Kluster Tembok Muhasabah;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 36 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 31 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Ria Enam;
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 26 kes
Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 20 kes
16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 19 kes
13 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Banggol Lepah dan Kluster Jalan Long Yunus;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: 15 kes
13 kes daripada kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Pahang: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perlis: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.