Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 245 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 383,709. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Kota Kinabalu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 258 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 374,759 orang. Manakala 271 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 261 orang di hospital, tujuh (7) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta tiga (3) orang lagi di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah tujuh (7) orang iaitu lima (5) orang di ICU/repurposed kritikal care dan dua (2) orang di open ward (HDW/kubikel/akut) manakala tiga (3) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Sebanyak 245 kes baharu direkodkan hari ini, 20 kes lebih rendah berbanding jumlah semalam.
b. Penurunan jumlah jangkitan baharu berpunca daripada jumlah sampel ujian yang lebih rendah berbanding jumlah kelmarin dan bukan kerana keadaan telah bertambah baik. Jumlah sampel ujian yang menjadi asas pengiraan kes harian ialah 2,198 berbanding 2,472 semalam. Malah kadar positiviti hari ini ialah 12.19%, lebih tinggi daripada kadar 11.69% kelmarin.
c. Kota Kinabalu kembali merekodkan kes tiga (3) angka dengan 101 kes baharu (+10) diikuti daerah Tawau 32 kes (+4), Sandakan 28 kes (-17), Penampang 16 kes (+3), Papar 11 kes (-2) dan Putatan 11 kes (-4). Selain Sandakan, Tuaran juga mencatatkan penurunan angka jangkitan baharu yang tinggi sebanyak 14 kes. Tidak ada kes baharu direkodkan di lapan (8) daerah iaitu Telupid, Sipitang, Semporna, Pitas, Nabawan, Kunak, Kudat dan Kota Marudu.
d. Sebanyak 240 daripada 245 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tiga (3) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 977 unit.
Hospital 939 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 27.74%.