Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 01 MAC 2022
Updated Tue, 01 Mar 2022 10:53:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 28 Februari 2022:
- Kes sembuh: 30,624 kes [3,116,564 kes kumulatif (90.5%)], di mana kes sembuh melebihi kes baharu;
- Kes baharu: 23,100 kes (3,442,736 kes kumulatif);
- Kes import: 298 kes [262 warganegara (87.9%); 36 bukan warganegara (12.1%)];
- Kes tempatan: 22,802 kes [22,150 warganegara (97.1%); 652 bukan warganegara (2.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 361 kes (133 kes disahkan COVID-19; 228 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 193 kes (76 kes disahkan COVID-19; 117 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 23,100 kes harian yang dilaporkan pada 28 Februari 2022:
- 186 kes (0.81 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 22,914 kes (99.19 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
- Kategori 1: 8,304 kes (35.95%);
- Kategori 2: 14,610 kes (63.24%);
- Kategori 3: 96 kes (0.42%);
- Kategori 4: 39 kes (0.17%); dan
- Kategori 5: 51 kes (0.22%).
Daripada 186 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 28 Februari 2022:
- 39 kes (20.97%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 84 kes (45.16%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 63 kes (33.87%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 82 kes (44.09%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 84 kes (45.16%) mempunyai komorbid dan;
- 2 kes (1.08%) kes adalah ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,782 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 3 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,302 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 480 kluster.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W