Data menunjukkan NCD meningkatkan risiko gejala teruk dan kematian akibat COVID-19 kerana NCD yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan organ-organ penting tubuh termasuk jantung dan buah pinggang.
NCD juga merupakan komorbid yang mampu melemahkan sistem imuniti. Jenis-jenis NCD yang utama dikaitkan dengan gejala teruk dan kematian akibat COVID-19 adalah Hipertensi, Diabetes, Penyakit Jantung dan Kanser.
Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2019 menunjukkan 50% dari pesakit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti Hipertensi dan Diabetes tidak sedar mereka mengidap penyakit-peyakit tersebut. Oleh itu, mereka tidak mendapatkan rawatan.
Oleh itu, adalah penting untuk:
✔️ melakukan ujian saringan supaya pengesanan dan rawatan awal NCD dapat diberikan.
✔️ patuh kepada tatacara pengambilan ubatan sebagaimana saranan doktor.