FASA PERALIHAN KE ENDEMIK telah pun bermula pada 1 April 2022, dan kini kita umat Islam sedang menjalani ibadah Ramadan.
Kita semua sedia maklum, virus COVID-19 masih berada di sekeliling kita.
Mereka yang berumur 60 tahun ke atas serta yang mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan kematian akibat COVID-19. Lindungi mereka, pastikan mereka mengambil dos penggalak.
✔️ Amalkan semua ingatan tentang langkah-langkah kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM.
✨ Semoga kita semua dapat menjalani fasa peralihan ke endemik dan menyambut bulan Ramadan yang mulia dengan penuh keberkatan dan rasa selamat.