Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 328 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 385,405.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 267 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 376,060 orang. Manakala 237 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 233 orang di hospital ,tiga (3) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta satu (1) orang lagi di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 14 orang di ICU/repurposed kritikal care manakala enam (6) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Angka jangkitan baharu menurun sebanyak 26 kes kepada 328 kes berbanding 354 kes kelmarin.
b. Walau bagaimanapun penurunan kes hari ini tidak mencerminkan keadaan semasa yang tidak banyak berbeza daripada sebelumnya. Statistik harian turun naik setiap hari di banyak daerah tetapi kadar penularan kekal pada tahap yang membimbangkan. Malah, kadar positiviti naik daripada 12.64% kelmarin kepada 13.95% hari ini.
c. Faktor yang menyebabkan angka kes harian hari ini lebih rendah daripada kelmarin ialah jumlah sampel ujian yang jauh lebih rendah daripada sebelumnya. Jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,560 berbanding 2,999 kelmarin.
d. Jumlah daerah yang mencatat penurunan kes baharu ialah 17 daerah berbanding lapan (8) daerah yang mencatat penurunan. Beaufort mencatatkan penurunan 12 kes setelah kembali kepada ‘daerah sifar kes’, Papar 18 kes (-10), Kuala Penyu 1 kes (-10), Lahad Datu 4 kes (-8), Ranau 2 kes (-6), Tambunan 1 kes (-6) dan Sandakan lapan (8) kes (-6). Putatan mencatat 36 kes baharu (+29), Penampang 42 (+10) dan Kota Kinabalu 96 kes (+5).
e. Perubahan turun naik angka jangkitan secara drastik hampir setiap hari dibeberapa daerah agak sukar diramal. Sikap masyarakat terhadap pematuhan SOP banyak mempengaruhi statistik harian. Antaranya ialah keperluan mengemaskini maklumat MySejahtera setelah membuat ujian kendiri dan didapati positif. Statistik yang diperolehi melalui pemberitahuan secara sukarela dalam aplikasi MySejahtera dan hasil ujian dilapangan yang dibuat oleh kakitangan JKNS merupakan asas pengiraan statistik harian COVID-19.
f. Secara keseluruhan, tujuh (7) daerah mencatatkan jangkitan baharu dua (2) angka, 15 daerah mencatat satu angka dan lima (5) daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu.
g. Sebanyak 324 daripada 328 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 962 unit.
Hospital 924 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 24.64%.