COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 12 MAC 2022

/ harian

Updated Sat, 12 Mar 2022 11:34:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 11 Mac 2022:

  • Kes sembuh: 24,444 kes [3,418,443 kes kumulatif (90.6%)];
  • Kes baharu: 32,800 kes (3,774,786 kes kumulatif);
  • Kes import: 541 kes [503 warganegara (93.0%); 38 bukan warganegara (7.0%)];
  • Kes tempatan: 32,259 kes [31,232 warganegara (96.8%); 1,027 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 380 kes (165 kes disahkan COVID-19; 215 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 231 kes (102 kes disahkan COVID-19; 129 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 32,800 kes harian yang dilaporkan pada 11 Mac 2022:

  • Kategori 1: 12,726 kes (38.80%);
  • Kategori 2: 19,891 kes (60.64%);
  • Kategori 3: 70 kes (0.21%);
  • Kategori 4: 78 kes (0.24%); dan
  • Kategori 5: 35 kes (0.11%).

Daripada 183 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 11 Mac 2022:

  • 35 kes (19.12%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 80 kes (43.72%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 68 kes (37.16%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 103 kes (56.28 %) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 73 kes (39.89%) mempunyai komorbid; dan
  • 2 kes (1.09 %) adalah ibu megandung.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,873 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,468 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 405 kluster.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post