COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER LAGOON SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang terletak di Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER FIRMA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306828) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Firma 2/1, Kawasan Perindustrian Tebrau 1, Johor Bahru. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN HAJI MALEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-283506) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Haji Malek, Taman Kelubi, Jasin. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BUKIT TUNGGAL

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 300649) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bukit Tunggal, Julau. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post