Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 25 JAN 2022
Updated Wed, 26 Jan 2022 10:22:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 3,559 kes (2,762,608 kes kumulatif, 97.3%)
- Kes baharu : 4,066 kes (2,840,225 kes kumulatif);
- Kes import : 442 kes [323 warganegara (73.1%); 119 bukan warganegara (26.9%)];
- Kes tempatan : 3,624 kes [3,521 warganegara (97.2%); 103 bukan warganegara (2.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 131 kes (113 kes disahkan COVID-19; 18 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 65 kes (46 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,328 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,084 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 244 kluster.
Daripada 4,066 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 50 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,016 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W