PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC (20/02/2022)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 20 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
- Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiga (3) negeri iaitu Johor (70%), WP Kuala Lumpur (65%) & Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
- Katil Bukan ICU: Sembilan (9) negeri iaitu Selangor (104%), Perlis (101%), Kelantan (96%), Perak (91%), WP Putrajaya (82%), Johor (82%), Sabah (79%), WP Kuala Lumpur (77%) & Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
- Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC): Enam (6) negeri iaitu Selangor (74%), Perak (58%), Terengganu (58%), Sabah (57%), Melaka (53%), dan Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 139 pesakit namun peratusan penggunaan ventilator secara keseluruhan adalah sebanyak 36%.

Jadual 1: Penggunaan Katil COVID-19 Bagi ICU dan Bukan ICU di Hospital & Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Pada 20 Februari 2022

Jadual 2: Penggunaan Katil Kes COVID-19 dan Bukan COVID-19 di Hospital Awam Pada 20 Februari 2022
Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Secara keseluruhannya, KKM mendapati kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes.

Jadual 3: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Ke Katil Bukan Kritikal Hospital Awam Mengikut Kategori dan Negeri pada 20 Februari 2022
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga (3) atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 20 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,438 kes (Graf 1). Daripada 1,438 kes ini:
• 485 kes (33.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 953 kes (66.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Graf 1: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Berdasarkan Kategori Ke Hospital
Rujuk : KPKESIHATAN.COM