COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini 19 Mei 2020

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : [BAHASA MELAYU]() | ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN : KERATAN AKHBAR 19 MEI 2020

KesNegeri

Dashboard

Purple

Stats UKK

Sembuh UKK


KEMATIAN

Kes kematian ke-114 (kes ke-6942), wanita warganegara Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah hati.

Beliau dirawat di sebuah pusat perubatan di Pahang dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei 2020 jam 3.09 pagi.


LAPORAN KLUSTER

3 kluster yang melaporkan kes baru pada hari ini iaitu Pasar Chow Kit (7 kes baharu), Pudu (6) dan Kluster Pengawal Keselamatan (1).

Kluster lain pula tidak melaporkan sebarang kes baru.

Kluster PKPD

Rumusan Kes Kluster Covid-19: Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling

Sehingga 19 Mei jam 12 tengah hari, sebanyak 40,613 sampel telah diambil dengan sejumlah 3,347 dilaporkan positif. Dilaporkan, hanya tinggal 399 kes sahaja lagi yang masih aktif.

Setelah siasatan lanjut Pejabat-pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan-jabatan Kesihatan Negeri dan juga CPRC Kebangsaan, lebih banyak kes #COVID19 yang sebelum ini dikelaskan sebagai ‘masih dalam siasatan’ kini telah dapat dijumpai hubung-kait epidemiologi dengan kluster atau subkluster sedia ada.

Susulan pengelasan semula data bagi kes yang telah dikenal pasti punca dan hubungkait jangkitan COVID-19, didapati terdapat 972 kes yang mempunyai kaitan dengan Perhimpunan di Seri Petaling (sama ada kes indeks atau generasi pertama hingga generasi kelima).

Oleh itu, jumlah kes COVID-19 yang berkaitan dengan kluster Perhimpunan Seri Petaling adalah 3,347 berbanding jumlah sebelum ini iaitu 2,375 kes.Ini bermakna kluster dan subkluster Seri Petaling kini menyumbang kepada 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di Malaysia.


SARINGAN PUSAT TAHFIZ


LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA POSITIF COVID-19, 19 Mei

Daripada 37 kes baru yang dilaporkan pada hari ini, dua (2) adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Kedua-dua kes baharu ini mendapat jangkitan daripada Singapura.


Jumlah keseluruhan taburan kes covid-19 di Malaysia.

Setakat hari ini, 462,257 orang telah diambil sampel dan daripada jumlah itu, seramai 6,978 didapati positif Covid-19 bersamaan 1.51%


PERKEMBANGAN DUNIA

Negara India adalah negara yang ke-11 yang mencatatkan kes melebihi 100,000 kes.

Negara Malaysia menduduki tangga ke-40 dari 42 negara dan wilayah yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 80%.

Next Post Previous Post