Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 08 APR 2022
Updated  Sat, 09 Apr 2022 9:51:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 7 April 2022:
- Kes sembuh: 16,603 kes [4,099,786 kes kumulatif (95.5%)];
 - Kes baharu: 11,994 kes (4,292,585 kes kumulatif);
 - Kes import: 25 kes [20 warganegara (80.0%); 5 bukan warganegara (20.0%)];
 - Kes tempatan: 11,969 kes [11,494 warganegara (96.0%); 475 bukan warganegara (4.0%)];
 - Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 197 kes (91 kes disahkan COVID-19; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
 - Kes memerlukan bantuan pernafasan: 108 kes (50 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
 
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 11,994 kes harian yang dilaporkan pada 7 April 2022:
- Kategori 1: 6,509 kes (54.27%);
 - Kategori 2: 5,395 kes (44.98%);
 - Kategori 3: 40 kes (0.34%);
 - Kategori 4: 22 kes (0.18%); dan
 - Kategori 5: 28 kes (0.23%).
 
Daripada 90 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 7 April 2022:
24 kes (26.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
30 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
36 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
53 kes (58.89%) berumur 60 tahun dan ke atas;
58 kes (64.44%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (1.11%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,945 kluster;
 - Jumlah kluster baharu:4;
 - Jumlah kluster yang telah tamat: 6,794 kluster; dan
 - Jumlah kluster aktif: 151 kluster.
 
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W