Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 14 DIS 2021
Updated Wed, 15 Dec 2021 12:05:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 4,301 kes (2,610,610 kes kumulatif, 96.7%);
- Kes baharu : 4,097 kes (2,699,240 kes kumulatif);
- Kes import : 18 kes (15 warganegara; 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,079 kes [3,821 warganegara (93.7%); 258 bukan warganegara (6.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 382 kes (330 kes disahkan COVID-19; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 201 kes (144 kes disahkan COVID-19; 57 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,049 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,804 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 245 kluster.
Daripada 4,097 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 86 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,011 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W