COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (19/10/2020)

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER HENTIAN, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 120 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BUKIT, MELAKA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17531) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19;
  • 73 individu negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post