COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN TAMING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Taming 11, Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 8 April 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER INDUSTRI PARIT RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Raja, Batu Pahat. Sehingga 8 April 2021, sejumlah 456 individu telah disaring, di mana 38 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PERUSAHAAN PERAI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3, Seberang Perai Tengah. Sehingga 8 April 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 66 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER PADANG MANGGIS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pekan dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347953) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Padang Manggis, Pekan. Sehingga 8 April 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post