COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN BATU ARANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Batu Arang, Rawang, Gombak. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

2. KLUSTER INDUSTRI PLATINUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Platinum, Kawasan Perindustrian Batu 22, Kuala Selangor. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

3. KLUSTER PERSIARAN MERU RAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420312) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat penginapan yang terletak berdekatan Persiaran Meru Raya, Ipoh, Kinta. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

4. KLUSTER PERSIARAN GREENTOWN TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta serta Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 410880) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Persiaran Greentown 7, Ipoh, Kinta. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

5. KLUSTER JALAN TEMANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411322) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Temangan, Kampung Pemanok, Machang. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

6. KLUSTER JALAN PERTAMA EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-415798) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak Jalan Pertama 4, Johor Bahru. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian14

7. KLUSTER INDUSTRI LENGKUK TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lengkuk Teknologi 2, Bandar Baru Enstek, Seremban. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 64 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian11

8. KLUSTER JALAN TUNKU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, Putatan, dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-396538) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Karamunsing, Kota Kinabalu. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian13

9. KLUSTER KAMPUNG CHAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401321) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Chat, Pasir Mas. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

10. KLUSTER INDERA MAHKOTA LIMA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401532) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Lorong Indera Mahkota 5/7, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 301 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

11. KLUSTER JALAN SUNGAI MERAB

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 408962) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sungai Merab, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 295 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

12. KLUSTER JALAN TEKNOLOGI KOTA DAMANSARA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 229 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

13. KLUSTER JALAN KORMA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-406421) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Korma, Taman Soga, Batu Pahat. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 477 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian12

14. KLUSTER DAH LUBUK EMAS

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Bandar Baharu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420458) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar, Bandar Baharu. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

Next Post Previous Post