COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER JALAN ROBAN LAMA
    Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Saratok dan Kabong di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Roban Lama-Jalan Saratok, Saratok. Sehingga 23 April 2021, sejumlah 275 individu telah disaring, di mana 48 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

  1. KLUSTER JALAN SELIRIK
    Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kapit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-366991) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Selirik, Kapit. Sehingga 23 April 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

  1. KLUSTER JALAN SUNGAI DAUN
    Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365381) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sungai Daun, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Sehingga 23 April 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

  1. KLUSTER PERSIARAN SRI SAUJANA
    Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-373761) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Persiaran Sri Saujana, Kota Tinggi. Sehingga 23 April 2021, sejumlah 441 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

  1. KLUSTER MEMPAGA SATU
    Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Bentong dan Maran di Pahang serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379444) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Mempaga 1, Karak, Bentong. Sehingga 23 April 2021, sejumlah 221 individu telah disaring, di mana 44 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

  1. KLUSTER GONG DERMIN
    Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372794) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gong Dermin, Kota Bharu. Sehingga 23 April 2021, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

  1. KLUSTER SRI DESA
    Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh dan Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370499) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks yang terletak di Taman Sri Desa, Kuala Krau, Temerloh. Sehingga 23 April 2021, sejumlah 303 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

  1. KLUSTER JALAN BUKIT BINTANG
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 378117) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Lembah Pantai. Sehingga 23 April 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

Next Post Previous Post