COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 09 JAN 2022

/ harian

Updated Mon, 10 Jan 2022 10:45:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 2,714 kes (2,714,614 kes kumulatif, 97.4%);
  • Kes baharu : 2,888 kes (2,786,219 kes kumulatif);
  • Kes import : 323 kes (287 warganegara; 36 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,565 kes [2,480 warganegara (96.7%); 85 bukan warganegara (3.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 248 kes (206 kes disahkan COVID-19; 42 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 117 kes (73 kes disahkan COVID-19; 44 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,159 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 1 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,987 kluster;
  • Jumlah kluster aktif : 172 kluster.

Daripada 2,888 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 36 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post