Tingkatkan Penilaian Kendiri COVID-19 dengan perlaksanaan TRIIS
Dalam usaha kita untuk membuka semula sektor-sektor sosial dan ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat, tindakan kesihatan awam kendiri diperkukuhkan dengan pelaksanaan TRIIS.
In our effort to reopen social and economic sectors as well as to live in the endemic phase safely, we need to practice TRIIS. #ReopeningSafely
Tingkatkan Penilaian Kendiri COVID-19 Anda Dengan TRIIS
📌 Test (Uji) - Lakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri.
📌 Report (Lapor) - Laporkan keputusan ujian pengesanan kendiri (negatif, positif atau tidak sah) melalui aplikasi MySejahtera.
📌 Isolate (Asing) - Lakukan pengasingan kuarantin kediri sekiranya positif COVID-19.
📌 Inform (Maklum) - Segera maklumkan kepada kontak rapat dan ahli keluarga terdekat sekiranya positif. Maklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan atau CAC (Pusat Penilaian COVID-19) berhampiran.
📌 Seek (Dapatkan Rawatan) - Dapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau CAC berhampiran
sekiranya gejala bertambah teruk.
Rujuk : FB KKM