Status Terkini : Kluster TAWAR (22 Ogos 2020)
Terdapat 5 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri. Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 63 kes. Sehingga 22 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,942 orang telah disaring dalam kluster ini.
Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Kedah (2,414 disaring):
- 52 kes dikesan positif COVID-19;
- 2,227 individu negatif; dan
- 135 individu masih menunggu keputusan.
ii. Pulau Pinang (517 disaring):
- 11 kes dikesan positif COVID-19;
- 443 individu negatif; dan
- 63 individu masih menunggu keputusan.
iii. Perak: Kesemua 11 saringan adalah negatif. Tiada saringan baharu.
Pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa.