COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KADAR KEMASUKAN PESAKIT COVID-19 KE HOSPITAL AWAM (KATEGORI 3,4, DAN 5) PER 100K PENDUDUK BERDASARKAN KUMPULAN UMUR

Kadar kemasukan ke hospital awam bagi kes COVID-19 telah menunjukkan peningkatan terutamanya dalam kalangan warga emas. Sejak Minggu Epidemiologi (ME) 3/2022, kemasukan pesakit COVID-19 dalam kalangan warga emas telah menunjukkan peningkatan tertinggi dengan 1.0 per 100,000 populasi kepada 9.0 per 100,000 populasi pada ME 10/2022.

Pemberian dos penggalak berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit COVID19 ke hospital awam daripada ia mula dilaksanakan pada ME 43/2021 sehingga ke kadar paling rendah pada ME 3/2022. Gelombang Omicron bermula pada ME 1/2022.

Tanpa perlindungan tambahan daripada dos penggalak, warga emas sememangnya terkesan teruk dengan jangkitan COVID-19, kemasukan ke hospital pada kategori 3-5, kemasukan ke ICU dan juga kematian.

Pengambilan vaksin COVID-19 terutama dos penggalak dalam kalangan warga emas amat penting kerana:

✅ Perlindungan daripada jangkitan teruk COVID-19 yang boleh membawa maut.
✅ Persediaan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ pada 1 April 2022.
✅ Dapat menyertai dan melakukan aktiviti-aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan dengan selamat.

Oleh itu, KKM ingin menyeru kepada semua warga emas yang berkelayakan namun belum menerima vaksin sama ada dos primer atau dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari PPV yang terdekat secara walk-in

kematian-100k

Next Post Previous Post