COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER BALAKONG JAYA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah gudang pasar raya yang terletak di Jalan Perindustrian Balakong Jaya 2/1, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan. Sehingga 23 Mac 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

2. KLUSTER JALAN INDAH GEMILANG SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Indah Gemilang 1, Taman Perindustrian Gemilang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 23 Mac 2021, sejumlah 259 individu telah disaring, di mana 78 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

3. KLUSTER TEKNOLOGI BUKIT MINYAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Barat Daya di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Sehingga 23 Mac 2021, sejumlah 1,685 individu telah disaring, di mana 98 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

Next Post Previous Post