COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN KOTA KULAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kota Kulai, Kulai. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN CEMERLANG BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN KELAPA MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Kelapa Mawar, Taman Soga, Batu Pahat. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN PANDAN RIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bekerja di Jalan Kangkar, Johor Bahru. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja tersebut yang terletak di Jalan Pandan Ria, Pandan, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN PERSIARAN CEMERLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER PERUSAHAAN BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3, Seberang Perai Tengah. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post