COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 05 NOV 2021

/ harian

Updated Sat, 06 Nov 2021 14:38:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,579 kes (2,401,823 kes kumulatif, 96.2%);
  • Kes baharu : 4,922 kes (2,497,265 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (7 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,912 kes [4,690 warganegara (95.5%); 222 bukan warganegara (4.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 549 kes (529 kes disahkan COVID-19 ; 20 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 282 kes (214 kes disahkan COVID-19 ; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,796 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,441 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 355 kluster.

Daripada 4,922 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 80 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,842 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post