Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 04 MAC 2022
Updated Fri, 04 Mar 2022 16:00:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 3 Mac 2022:
- Kes sembuh: 27,629 kes [3,197,298 kes kumulatif (90.6%)];
- Kes baharu: 32,467 kes (3,528,557 kes kumulatif);
- Kes import: 413 kes [355 warganegara (86.0%); 58 bukan warganegara (14.0%)];
- Kes tempatan: 32,054 kes [31,106 warganegara (97.0%); 948 bukan warganegara (3.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 335 kes (145 kes disahkan COVID-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 208 kes (82 kes disahkan COVID-19; 126 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 32,467 kes harian yang dilaporkan pada 3 Mac 2022:
- 231 kes (0.71 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 32,236 kes (99.29 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
- Kategori 1: 10,828 kes (33.35%);
- Kategori 2: 21,408 kes (65.94%);
- Kategori 3: 100 kes (0.31%);
- Kategori 4: 63 kes (0.19%); dan
- Kategori 5: 68 kes (0.21%).
Daripada 231 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 3 Mac 2022:
- 60 kes (25.98%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 115 kes (49.78%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 56 kes (24.24%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 127 kes (54.98%) berumur 60 tahun dan ke atas
- 74 kes (32.03%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (0.43%) kes adalah kes ibu mengandung
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,809 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 11 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,343 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 466 kluster
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W