TUJUH BELAS (17) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (18/02/2021)
Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN BUKIT KEMUNING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN INDUSTRI KIDAMAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri Kidamai, Kajang. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 510 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN JITU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua (2) buah kilang yang tinggal di asrama pekerja yang sama di Jalan Jitu, off Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 516 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN HULU TINGGI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Hulu Tinggi, Kawasan Perindustrian HICOM, Shah Alam. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 800 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER MAYANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Mayang, Petaling Jaya. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN ESTATE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Senai Industrial Estate, Kulai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 239 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN DPB TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-273546) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan DPB 3, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER PERINDUSTRIAN FASA DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Fasa 2, Senai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER JALAN SRI PUTRI
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265707) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Sri Putri, Taman Putri, Kulai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER JALAN TEBRAU DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261065) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tebrau, Bukit Senyum, Johor Bahru. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER MEDIACITY
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-217129) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Mediacity, Lembah Pantai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 258 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER JALAN CHANGKAT JONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak dan Perak Tengah di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Hilir Perak. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 471 individu telah disaring, di mana 166 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
13. KLUSTER LOT SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265265) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Lot 1, Pekan Donggongon, Penampang. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
14. KLUSTER LOT TUJUH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-270627) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran di Lot 7, Majukota Commercial Centre, Penampang. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
15. KLUSTER LINTANG KAMPUNG JAWA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan, Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes-kes awal dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lintang Kampung Jawa, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 86 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
16. KLUSTER JALAN TELOK IRA
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-269131) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Telok Ira, Temerloh . Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 263 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
17. KLUSTER KAMPUNG JAWEK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264222) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Jawek, Jerteh, Besut. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.