Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 26 MAC 2022
Updated Sun, 27 Mar 2022 17:40:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 25 Mac 2022:
- Kes sembuh: 22,324 kes [3,819,299 kes kumulatif (93.1%)];
- Kes baharu: 21,839 kes (4,101,081 kes kumulatif);
- Kes import: 287 kes [271 warganegara (94.4%); 16 bukan warganegara (5.6%)];
- Kes tempatan: 21,552 kes [20,771 warganegara (96.4%); 781 bukan warganegara (3.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 291 kes (142 kes disahkan COVID-19; 149 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 188 kes (95 kes disahkan COVID-19; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 21,839 kes harian yang dilaporkan pada 25 Mac 2022:
- Kategori 1: 9,401 kes (43.05%);
- Kategori 2: 12,299 kes (56.31%);
- Kategori 3: 60 kes (0.28%);
- Kategori 4: 42 kes (0.19%); dan
- Kategori 5: 37 kes (0.17%).
Daripada 139 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 25 Mac 2022:
- 32 kes (23.02%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 69 kes (49.64%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 38 kes (27.34%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 81 kes (58.27%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 78 kes (56.12%) mempunyai komorbid; dan
- 3 kes (2.16%) kes adalah kes ibu mengandung
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,923 kluster;
- Jumlah kluster baharu:1;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,681 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 242 kluster.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W