Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 294 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 388,827.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 375 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 379,979 orang. Manakala 293 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 279 orang di hospital, 13 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 25 orang iaitu 19 orang di ICU/repurposed kritikal care dan enam (6) orang di open ward (HDW/kubikel akut) manakala 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Angka jangkitan harian tidak banyak berubah dengan 294 kes baharu iaitu penyusutan tiga (3) kes berbanding semalam.
b. Tidak banyak perubahan pada jumlah sampel ujian dan kadar positiviti yang direkodkan. Pada hari ini jumlah sampel adalah sebanyak 2,841 berbanding 2,909 semalam. Kadar positiviti 10.52% hari ini juga rendah sedikit berbanding 10.83% semalam.
c. Lebih banyak daerah merekodkan peningkatan kes harian (12 daerah) berbanding daerah yang mencatatkan penurunan (8 daerah). Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan kes bagi daerah-daerah yang mencatatkan penurunan adalah lebih tinggi berbanding daerah-daerah yang mencatatkan peningkatan.
d. Sebanyak lapan (8) daerah merekodkan kes dua (2) angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 72, penyusutan 42 kes berbanding jumlah semalam. Antara daerah lain yang mencatatkan kes dua (2) angka ialah Sandakan 36 kes (-8), Tawau 26 kes (+13), Penampang 25 kes (+13), Beaufort 20 kes (+12), Tuaran 16 kes (-9), Putatan 13 kes (-7) dan Lahad Datu 11 kes (+/-). Empat (4) daerah iaitu Beluran, Kalabakan, Nabawan dan Tongod tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini.
e. Sebanyak 290 daripada 294 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta empat (4) kes dalam Kategori 4.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 1,004 unit.
Hospital 956 unit.
PKRC (Awam) 20 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 29.18%.