COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER SUBANG DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, Petaling. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 602 individu telah disaring, di mana 153 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN LADA SULAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lada Sulah, Shah Alam. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 327 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER MERANTI JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Meranti Jaya, Puchong. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN MERPATI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-313285) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Merpati, Miri. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 310 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER KAYU GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja tiga (3) buah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Sri Gading II, Batu Pahat. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN PERDANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-324416) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Perdana 2, Taman Rembau Perdana, Rembau. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 229 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN LONG YUNUS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Puteh, Bachok, dan Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322352) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan-kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 214 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER BANGGOL LEPAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh, dan Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311717) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Kampung Banggol Lepah, Kota Bharu. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 261 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN HANG TUAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312676) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Jalan Hang Tuah 24, Johor Bahru. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER TAMAN RIA ENAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-318489) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Mac 2021 hasil saringan pra prosedur. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Ria 6, Sri Tanjung, Tawau. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER TEMBOK MUHASABAH

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Jelebu di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan tahanan-tahanan yang dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Mac 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Kuala Klawang, Jelebu. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 225 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER ANDROMEDA

Kluster import ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-324289) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal korek dari Singapura. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post