COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (15/11/2020)

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER PLAZA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42299) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
  • Tujuh (7) individu dikesan negatif.

2. KLUSTER JALAN KALABAKAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-31309) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana kesemua 22 kes telah dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu).

3. KLUSTER JERI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing, dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November 2020. Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif COVID-19 dan kes-kes ini telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,170 individu telah disaring, di mana:

  • 26 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
  • 535 individu dikesan negatif; dan
  • 609 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post