Perincian 1,340 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Disember 2020 adalah seperti berikut:
Selangor: 441 kes
128 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
200 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
112 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 284 kes
206 kes daripada kluster-kluster, termasuk 140 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Metropolis;
36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 196 kes
50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes
daripada kluster baharu iaitu Kluster Estate Maju;
87 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 169 kes
166 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Johor: 156 kes
123 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu 39;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 30 kes
19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: 27 kes
Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Perak: 10 kes
Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: Enam (6) kes
Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: Tiga (3) kes
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID19.
Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.