KOMPONEN FASA PERALIHAN KE ENDEMIK : KEPRIHATINAN KERAJAAN
Dalam Fasa Peralihan Ke Endemik ini, kita semua perlu beralih dari segi pengurusan pandemik COVID-19 ini daripada banyak bergantung kepada intervensi kerajaan kepada pemerkasaan individu, keluarga dan komuniti.
Sebagai mempermudahkan pelaksanaan ini, Kerajaan telah membentuk 1 SOP sahaja, yang merupakan SOP yang dipermudahkan dari 181 SOP Pelan Pemulihan Negara dan ianya di sokong oleh 9 Garis Panduan. SOP ini adalah sebagai panduan kepada rakyat untuk kekal menjalankan pelbagai aktiviti dengan selamat.
Disamping itu, kerajaan akan terus memberi perlindungan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat melalui:
✔️ Memastikan perlindungan berterusan dengan meneruskan PICK
✔️ Mengawal penyebaran kes dengan memastikan FTTIS terus berjalan
✔️ Pemantauan kes-kes COVID-19 secara digital dengan pelaksanaan MySejahtera dan CAC maya
✔️ Memantapkan perawatan dengan membeli ubatan COVID-19.
✔️ Memastikan sistem kesihatan sentiasa berada di dalam keadaan siap siaga menghadapi apa-apa kemungkinan.
Kerajaan akan terus menjalankan tanggungjawab, melalui pemantauan walaupun aktiviti penguatkuasaan dikurangkan.