COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER PERSIARAN MAKTAB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Hulu Langat, dan Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-334718) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Persiaran Maktab, Taman Cuepacs, Cheras, Hulu Langat. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

2. KLUSTER BANDAR SRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336834) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

3. KLUSTER TENEGANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-333470) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Sungai Tenegang, Kinabatangan. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

4. KLUSTER PALOH RAMBAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331669) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar beberapa buah pusat pendidikan di Kota Bharu. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Paloh-Rambai, Ketereh, Kota Bharu. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 347 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

5. KLUSTER PERUSAHAAN LPK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan LPK, Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 847 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

6. KLUSTER MERINDING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-334151) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kampung Merinding, Labuan. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 1,010 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

7. KLUSTER PUTRA SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya; daerah Sepang di Selangor; dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330042) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Presint 1, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

8. KLUSTER SIASAI TAMU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330783) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud pada 14 Mac 2021. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 162 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

Next Post Previous Post