SEPULUH (10) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (31/01/2021)
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN KEWAJIPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Kewajipan, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 500 individu telah disaring, di mana 125 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER PERSIARAN SABAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Persiaran Sabak Bernam, Shah Alam. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN ITHNIN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-202930) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 294 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN RAMI TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Rami, Jorak Industrial Estate, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER JALAN MEGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER SRI PLENTONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHULAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, Lembah Pantai. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 562 individu telah disaring, di mana 151 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER JALAN MASJID TANAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 1,023 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER JALAN TRONOH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-189861) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tronoh, Bota, Perak Tengah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER BERCHAM RAYA
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179532) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Bercham Raya, Ipoh, Kinta. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.