Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak melaporkan kes baharu. 5 kluster dikesan di Sabah (2), Selangor (1), P.Pinang (1) dan KL (1). Sabah catat kes tertinggi (564) diikuti Selangor (180).
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 564 kes
119 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sutera dan Kluster Ria-30;
254 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
191 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 177 kes
83 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tamar;
53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan : 92 kes
31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan : 90 kes
71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang : 36 kes
34 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Intan; dan
Dua (2) daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 14 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Danau;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah : Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Sarawak : Enam (6) kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak : Enam (6) kes
Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka : Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Johor : Dua (2) kes
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.