COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 01 DIS 2021

/ harian

Updated Thu, 02 Dec 2021 10:44:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,803 kes (2,544,007 kes kumulatif, 96.4%);
  • Kes baharu : 5,439 kes (2,638,221 kes kumulatif);
  • Kes import : 21 kes (15 warganegara; 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,418 kes [5,229 warganegara (96.5%); 189 bukan warganegara (3.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 500 kes (400 kes disahkan COVID-19 ; 100 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 258 kes (161 kes disahkan COVID-19 ; 97 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,953 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,727 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 226 kluster.
    Daripada 5,439 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 105 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,334 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post