COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga belas (13) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER SRI MUDA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Sri Muda, Shah Alam. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 304 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN WAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Waja, Taman Perindustrian Bukit Raja, Klang. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 1,076 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER SUNGAI CHEMUBONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183881) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pengajian awam yang terletak berdekatan dengan Sungai Chemubong, Selangor. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 304 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat yang terletak di Jalan Indah, Taman Bukit Indah, Johor Bahru. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER KAMPUNG MUHIBBAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-167928) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan inidividu bergejala. Kluster ini melibatkan perhimpunan sosial di Kampung Muhibbah, Pengerang. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN FIRMA TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Firma 3, Kawasan Perindustrian Tebrau 4, Johor Bahru. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER INDUSTRI APAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-152890) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala yang merupakan pekerja kilang di Jalan Apas, Tawau. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN KERINCHI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja pembersihan beberapa buah syarikat yang terletak di Jalan Kerinchi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER BUKIT PALAH

Kluster kumpulan berisiko ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka, serta daerah Jempol di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-186075) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Melaka yang terletak di Bukit Palah. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER KAMPUNG PAHI

Kluster kumpulan berisiko ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-169071) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan inidividu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja syarikat pembersihan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kampung Pahi, Kuala Krai. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER KAMPUNG TUALANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183650) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kes-kes yang telah menghadiri mesyuarat di Kuala Terengganu. Nama kluster merujuk kepada alamat rumah kes indeks iaitu di Kampung Tualang, Manir, Kuala Terengganu. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER TAMAN BAHAGIA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-169124) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan petugas misi bantuan banjir di Temerloh, Pahang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Bahagia, Temerloh. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER KAMPUNG BUKIT LADA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-137864) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Bukit Lada, Temerloh. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

Next Post Previous Post